Friday, April 26, 2013

Tonsil

salam jumaat...

penat sgt minggu ni.. setiap hari bangun kul 2 pg n tido kul 2 ptg... itu pun curi tdo ms diorg tgh rancak main... dpt la tdo sejam 2.. nnti kul 9mlm tdo semula masa nak tidokan diorg... diorg ni kalo tak dipaksa tido, mmg smpi kul 12mlm la baru nk tdo...

setiap hari bersekolah, kna masuk tdo kul  9.. kalo masuk tdo, mama pun kena masuk tdo jugak... sbb anak perempuan sy kalo nak tdo mlm, kene tdo sebelah sy... kalo tak..."mama...ni nak tdo ngan mama... mama...ni nak tdo ngan mama..." hhhhmmm... tdo sekali la jwb nya..

kul 2 bangun menguruskan hal sendiri pulak... bekerja..hehe...

ok... curi masa skjp update blog... actually weni pilih berblog semula bila mula bosan dgn FB yg dijadikan tmpt utk menghentam n menghina sesama bangsa sempena PRU ni... menyampah la... tak suka... jadi weni beralih semula ke blog...

skrg ni sunyi sikit rumah ni... anak bujang sy ikut daddy dia p beli barang dapur.... oh yeeehhh... setiap bulan daddy yg akan beli brg dapur.. mama duduk rumah je jd mem besar... hahaha..

jgn ingat weni tak pandai beli brg dapur ye... sejak ada mamat ni, mcm mana nak p beli brg dapur sama2? habaq mai!!!!!... mana nak pegang diorg lg.. nak tolak trolley lg... masuk kan diorg dlm trolley tak duduk diam... pernah satu kali tu, tgh leka pilih brg, terbalik trolley tu tau... kecoh satu pasaraya... ramai yg menjerit bila tgk trolley terbalik ada 2 budak kembar kt dlm tu... makanya... sejak kejadian tu, daddy buat keputusan, biar daddy je beli barang dapur... mama p pasaraya time diorg sekolah... mama aman bwk ayuni je....

ok ok... tak bole pjg2... keje bertimbun ni...

ini ada story sikit pasal tonsil... baca dulu yg ni ye... next entry weni cerita andhika admit sbb tonsil dia ada kuman...


Sumber : UTUSAN ONLINE 20/07/2008

SAYA ADA TONSIL

UNGKAPAN ‘saya ada tonsil’ seringkali kedengaran di kalangan masyarakat umum. Tidak kurang juga ada daripada golongan warga kerja perubatan dan kesihatan sendiri yang menggunakan pernyataan sedemikian yang merujuk kepada suatu struktur yang kelihatan pada mereka tidak normal di dalam rongga mulut.

Sebenarnya, tonsil adalah agregasi tisu limfoid yang terdapat dalam rongga mulut dan tekak seseorang.

Tonsil yang biasa dirujuk ialah struktur kelenjar yang terletak di bahagian tepi, iaitu di kanan dan kiri orofarinks seseorang, yang juga dikenali sebagai ‘palatine tonsil’.

Selain itu, ada lagi agregasi limfoid lain yang berhampiran dengannya yang turut memainkan peranan dan fungsi yang sama.

Ia dikenali sebagai ‘lingual tonsil’ iaitu yang terletak di pangkal lidah, ‘tubal tonsil’ yang terletak di belakang hidung dan beberapa kumpulan tisu limfoid yang lain di dalam tekak yang kesemuanya tersusun dalam bentuk lingkaran yang dipanggil ‘Lingkaran Weldeyer Dalam’.

Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.

Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang. Justeru, ungkapan mengatakan ‘saya ada tonsil’ tidaklah lebih daripada mengumumkan bahawa diri mempunyai struktur normal seperti mana orang lain.

Dari segi signifikan maksudnya, ia samalah seperti mengatakan saya ada hidung, saya ada mata, saya ada telinga dan sebagainya.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau.

Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil.

Hal yang demikian menerangkan mengapa tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.

* Masalah berkaitan tonsil
Dalam praktis bidang otorinolaringologi (telinga, hidung dan tekak), masalah yang sering dikaitkan dengan tonsil ialah jangkitan virus dan bakteria, baik pada tonsil itu sendiri atau struktur di sekitarnya iaitu kawasan peritonsilar, hipertrofi atau pembesaran saiz kelenjar tonsil yang mengakibatkan tanda-
tanda obstruktif (halangan) seperti penyempitan saluran pernafasan atas dan ketumbuhan termasuklah karsinoma sel skuama (squamous cell carcinoma) dan limfoma.

1. Jangkitan

Selaras dengan fungsinya sebagai struktur barisan hadapan pertahanan badan terutamanya pada kanak-kanak, tonsil merupakan tisu yang terdedah kepada jangkitan kuman baik virus atau bakteria.

Inflamasi berpunca daripada jangkitan virus biasanya merupakan sebahagian daripada jangkitan pada saluran pernafasan atas seseorang (upper respiratory tract infection).

Bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.

Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit.

Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.

Punca-punca jangkitan lain yang boleh berlaku pada tonsil termasukah difteria, infeksi mononukleosis, agranulositosis dan sebagainya yang kebanyakannya berlaku dalam frekuensi yang agak rendah.

Ini mungkin disebabkan oleh keberkesanan imunisasi yang diperkenalkan oleh kerajaan terhadap bayi yang baru lahir, meningkat kefahaman tentang pentingnya menjaga kebersihan serta kesihatan gigi dan mulut, di samping kecenderungan ibu bapa membawa anak yang mempunyai masalah kelenjar tonsil untuk mendapatkan rawatan pada peringkat yang lebih awal.

2. Hipertrofi Tonsil

Hipertrofi tonsil merujuk kepada saiz tonsil yang lebih besar daripada yang sepatutnya. Ia biasanya melibatkan kedua-dua belah tonsil dan saiznya bersimetri.

Tonsil yang bersaiz besar ini akan mengakibatkan diameter saluran pernafasan atas amnya dan orofarinks khususnya menjadi lebih kecil. Hal ini akan menjadi lebih teruk jika ia berlaku pada kanak-kanak.

Ini adalah kerana saiz orofarinks kanak-kanak adalah lebih kecil dan pertambahan saiz tonsil akan mengakibatkan baki ruangan saluran yang tinggal untuk pernafasan semakin kecil.

Selain itu, saiz tonsil yang besar juga akan menyebabkan gangguan dalam proses menelan yang normal. Kesukaran menelan ini disebut disfagia.

Tonsil yang besar juga kerap kali menjadi tempat terlekat atau tersangkutnya benda asing seperti tulang ikan atau sisa makanan terutamanya tonsil yang mempunyai lubang-lubang yang jelas.

3. Ketumbuhan

Dalam kes-kes terpencil, terutamanya jika hanya sebelah tonsil yang kelihatan membesar lantas menjadikannya tidak lagi simetri, maka ia harus dipastikan bukan berpunca daripada ketumbuhan. Ini adalah kerana bentuk penyiasatan, dan yang lebih penting lagi rawatannya, adalah berbeza.

Ketumbuhan tonsil juga biasanya akan menunjukkan tanda-tanda sistemik yang lain seperti susut berat badan, hilang selera makan dan bengkak kelenjar limfa pada leher yang seharusnya meningkatkan syak terhadap kemungkinan berlakunya ketumbuhan.

Biasanya, pesakit juga mempunyai faktor-faktor risiko yang lain seperti merokok, mengambil minuman beralkohol, mengamalkan memakan sirih atau mengunyah dan menyimpan tembakau di dalam mulut (budaya di sesetengah tempat).

l Tanda-tanda Penyakit Tonsil

n Sakit sewaktu menelan, iaitu odinofagia adalah antara tanda utama yang membuatkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. Ada kalanya ia disertakan dengan demam panas yang mencecah 40°Celcius.

n Saiz tonsil yang besar, baik pada pesakit yang diketahui mempunyai hipertrofi tonsil atau pun kesan infalamasi hasil daripada jangkitan akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Kedua-dua belah tonsil mungkin membengkak dan bersentuh di bahagian tengah orofarinks (kissing tonsils). Apabila ini berlaku, pesakit akan mengalami tidur berdengkur, kadang-kadang berhenti bernafas atau apnea sewaktu tidur. Menelan, walaupun air liur sendiri, juga menjadi suatu pengalaman yang memeritkan. Dalam kes jangkitan kawasan peritonsilar, perubahan suara akan berlaku di mana pesakit akan bertutur seperti dia sedang memakan sesuatu yang panas (hot potato voice).

n Dalam kes-kes ketumbuhan, ada pesakit yang mengadu batuk berdarah dan pemeriksaan menunjukkan permukaan tonsil yang mengalami ulser dan berdarah apabila disentuh. Tidak kurang juga pesakit yang datang dengan tanda yang minimum seperti merasa seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong sewaktu menelan.

l Rawatan penyakit Tonsil

Bergantung kepada jenis penyakit, rawatan terhadap permasalahan tonsil juga berbeza. Umumnya, sebarang bentuk jangkitan perlu diubati dengan agen antikuman atau antibiotik (untuk bakteria).

Pada masa yang sama, kebersihan mulut perlu ditingkatkan. Pesakit juga digalakkan makan seperti biasa sebagaimana yang boleh.

Jika ia menjadi terlalu sukar, mungkin pemberian cecair serta elektrolit perlu diberikan secara intravena bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan stabil.

Bagi kes-kes kawasan peritonsilar yang mempunyai pengumpulan nanah, ia perlu dialirkan keluar. Ini kerana jangkitan yang terkurung di kawasan tersebut boleh mengakibatkan gangguan yang berterusan terhadap saluran pernafasan.

Ia juga mengundang risiko merebaknya jangkitan ke kawasan lain yang lebih sukar untuk dirawat seperti kawasan parafaringeal, retrofaringeal dan mungkin sampai ke mediastinum atas.

Sekiranya jangkitan tonsil berulang-ulang, atau ia menyebabkan gejala obstruktif yang mengganggu kehidupan seperti berdengkur atau apnea tidur, maka pembedahan elektif membuang tonsil adalah disyorkan.

Di Amerika Syarikat, tonsilektomi atau surgeri membuang tonsil merupakan pembedahan elektif yang paling kerap dijalankan di kalangan kanak-kanak.

Ia merupakan suatu prosedur pendek dan pesakit biasanya perlu berada di hospital untuk beberapa hari sahaja. Tiada parut kelihatan kerana prosedur dijalankan melalui rongga mulut.

Jika keabnormalan tonsil merupakan manifestasi masalah ketumbuhan, maka kaedah rawatannya juga berbeza. Ada antara pesakit memerlukan pembedahan dan tidak kurang juga yang dapat dikawal dengan penggunaan ubat kemoterapi.

Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa insiden bagi ketumbuhan tonsil ini amatlah kecil, jika dibandingkan dengan masalah tonsil yang berpunca daripada jangkitan dan hipertrofi.

Walau apapun, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Dan semestinya rawatan di peringkat awal adalah jauh lebih baik daripada peringkat yang lewat.

Menyemai budaya ingin tahu dan menambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan perbincangan mahu pun konsultasi dengan mereka yang pakar pastinya merupakan suatu pendekatan yang amat berkesan.
Amalkan gaya hidup yang sihat, nescaya anda akan dapat menikmati hidup sihat yang ceria bergaya.


ok... daaaaaa....

Saturday, April 20, 2013

5 tahun...

salam semuanya...

sungguh lama weni tak update blog... sesungguhnya masa sgt mencemburui weni... (mungkin lepas ni akan kembali berblog)...

sbnrnya.. weni kerap tgk blog weni... sgt syg pd blog weni yg hitam ni.. tp bila nk niat update blog je, mcm2 hal la berlaku... tutup balik... tp weni boleh di kata selalu update status FB...

weni syg sgt blog ni... rindu saat mcm dulu2 dpt update blog selalu... berkongsi sedikit kisah weni di blog ni... walaupun weni kdg2 terfikir, sape la nk tau pasal weni ni... i bukan artis... bukan org hebat... bukan org luarbiasa.. tp i org yg biasa2 sj... tp... i ada byk cerita yg boleh dikongsi kan dlm hidup korg... nnti la.. bila ada kesempatan lain, mungkin weni boleh berkongsi kisah hidup weni pd korang...

ok...  5 tahun... (19april2013)

alhamdulillah... sudah 5 tahun mendirikan rumah tangga dgn MOHD SHAHRUL IZWIN B HASSAN... dalam 5 tahun perkahwinan ini... weni dikurniakan 3 cahaya mata... anak kembar lelaki weni yg kini berusia 4tahun  4bulan.. INDRA ANDHIKA & INDRA ANDRIAN... dan seorg anak perempuan IRDINA AYUNI yg kini berusia 2tahun 4bulan... 

rasa nyer sekejap je masa berlalu... dah 5 thn usia perkahwinan.. anak2 pun makin membesar... dan byk lagi sebenarnya yg perlu weni belajar dlm mengurus rumahtangga ni... walaupun weni merupakan surirumah tangga sepenuh masa.. tp weni akui byk benda kene belajar lagi n kene ubah...

terima kasih suami... kerana menjadi pelengkap dlm diri ni...

ok... weni nak share 1 la... satu bende yg weni tak pandai n tak suka buat dalam urusan berumahtangga ni...

hehe...

SIANG IKAN...

weni pun tak tau la kenapa sukar nya weni nak ubah sikap weni ni... tak pandai2 siang ikan... utk pengetahuan semua.. sepanjang menjadi 'suri' dlm hidup suami... saya hanya pernah siang ikan 4 atau 5 kali je... itu pun beberapa ekor je.. hehe... bukan malas tau.. tak suka..

itu la... sgt bersyukur diberi suami yg cekap siang ikan.. potong ayam... padahal cheq surirumah.. sepatutnya cheq buat semuakan...

terima kasih suami kerana setiap kali beli ikan, daddy terus siang... mama tau esok nya bole terus masak...

itu la di nama kan jodoh.... byk yg weni tak tau, suami tau... suami tak tau, weni tau... ok la kan... sharing is caring... ahaks...

ok ok... sekeping gmbr utk di ingati kembali.. (utk saya ingati)





tak boleh tahan dgn statement ayuni...

mama : ayuni... ni siapa?
ayuni :  ni daddy..
mama : ni siape?
ayuni : ni aunty....

huaawaaaaa.... anak tak kenal mama dia.. atau mama skrg sgt buruk tak sama mcm dlm gmbr kawin... (dlm gmbr tu tak la cantik sgt.. biasa2 sj)

alhamdulillah.... weni rasa bersyukur sgt2 dikurniakan seorg anak perempuan.... apabila anak pertama weni kembar lelaki... mereka lebih dgn daddy dia...kalo win nak ke kedai ke.. dia selalu bwk si kembar... jd tinggal la weni bersama ayuni... kalo win ada urusan di luar yg boleh bwk mamat tu, win akan bwk... nasib baik ade sorg gadis jd teman weni d rumah...

ok... ada anak rapat2 ni... seronok sbnrnya... rumah senyap time minum susu n time diorg tdo je... korg ingat time makan diorg senyap? time mandi diorg senyap?... tidak tidak tidak...

rumah weni kecoh... bising... korg rasa weni tak tension? tension.... sgt.... tp nk buat mcm mana? lalui je la...

cuma skrg si kembar dh sekolah... jd... rumah weni senyap time pagi smpi tghr... ayuni kalo abg2 dia tak de, dia jd anak yg baik... ooohhhhh.... kalo abg dia balik, dia jd kanak2 yg tak dpt dkawal...

ini mereka semasa menyambut ulang tahun ke 4 utk INDRA... dan yg ke 2 utk AYUNI....



untung anak lahir bulan yg sama... sgt jimat kos... 1 kek je... 

ok la... weni ni walaupun suri rumah, weni ade kerje lain yg harus di lakukan... atau senang nak ckp... mencari duit dgn usaha sendiri utk mendapatkan duit tanpa mengharapkan duit drpd suami... nnti weni akan cerita di lain hari... apa yg weni buat sbnrnya selain menjadi suri rumah... tu yg mengejar masa setiap hari, n mencuri masa utk bersosial (blog n FB).. 

sbnrnya kan... (tmbh sikit citer lagi)... weni jeles tgk kwn2 yg bekerjaya smbil mengurus kan rumah tangga... walaupun weni jeles, weni bersyukur weni berada pd keadaan skrg... memilih mengurus kan anak yg sgt memerlukan perhatian weni... korang mungkin tak tahu, keaktifan anak kembar weni, ANDHIKA sebenarnya mengalami masalah saiz tonsil yg agak besar drpd biasa... sbb itu la, weni memilih utk menjaga anak2... tp saya surirumah berpendapatan sendiri... hehe... ok la... nnti kita smbung lagi... weni akan cerita masalah tonsil ANDHIKA utk pengetahuan ibu2 diluar sana...

si baju hitam n si baju putih... i really2 love u... (yg tak berbaju tu... out of story)...



daaa....