Petikan dr UTUSAN ONLINE
MELAKA 9 Dis. - Keberanian seorang pemuda mengejar penjenayah yang cuba memecah masuk rumah keluarganya bertukar tragedi apabila dia maut akibat ditikam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi di Taman Pahlawan, Sungai Udang dekat sini, mangsa, Nasahrudin Ali, 24, ditikam beberapa kali di bahagian rusuk, dada dan bahu selepas bergelut dengan suspek kira-kira 100 meter dari rumahnya.
Mangsa yang mengalami pendarahan teruk dikejarkan ke Hospital Terendak oleh bapanya, Ali Daud, 50, kira-kira pukul 5.25 pagi tetapi disahkan meninggal dunia.
Ibu mangsa, Fauziah Abdul Hamid, 47, melahirkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa anak kedua daripada lima beradik itu dan menyifatkan tindakan penjenayah itu sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
"Kali terakhir saya berjumpa anak saya pukul 4 pagi. Saya ada menegurnya kenapa tak tidur lagi dan dia sekadar tersenyum," katanya.
Menceritakan kejadian itu, Fauziah berkata, dia tersedar kira-kira pukul 4.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di luar rumahnya.
"Selepas terdengar bunyi itu, saya mengejutkan suami untuk melihat apa yang berlaku di luar rumah.
"Sebaik sahaja membuka pintu, saya nampak Nasahrudin sedang melompat pagar dan mengejar seorang lelaki yang tidak dikenali," katanya.
Dalam keadaan samar, menurut Fauziah, suaminya turut berlari ke arah anaknya untuk mengetahui apa yang berlaku.
"Tidak sampai lima minit, saya terkejut melihat suami berlari sambil memikul anak dalam keadaan berlumuran darah," katanya.
ok... nak cerita sikit ye...
mmg menggemparkan SUNGAI UDANG.. sekejap je berita tersebar..
weni n ibu, pagi2 je abg weni call bgtau kawan dia mati kene tikam dgn perompak..
kami waktu tu cuak jugak la.. tetiba jd takut duduk dlm rumah.. kan masa weni duduk kat sabah, rumah weni ni hampir2 pencuri nak masuk.. time siang pulak tu..
takut beb.. mcm2 boleh berlaku..
ok.. ok.. smbung cerita td..
rupa2nyer, cerita pembunuhan ni masuk kat buletin utama tv3.. tp weni n ibu ter mis sbb kitorg p kedai..
si mati merupakan kwn kpd abg n adik weni.. so, diorg berdua ni mmg terkejut giler la bila dgr kwn sendiri mati kene bunuh.. diorg siap p tgk tempat kejadian lagi..
pagi td.. abg weni dtg rumah... dia bgtau la kes pembunuhan tu masuk surat khabar, siap ada gmbr mak ayah budak tu.. tp, abg weni siap bgtau.. 'kalo dpt, beli metro.. diorg ckp kat metro lg byk gmbr cerita tu.. tp ko jgn hrp la nak beli kat sg.udang.. satu sg.udang abg p cari, semua abis.. abg pun dpt beli suratkhbr &$%&'.. (weni lupa, suratkbr apa yg abg weni beli)
apelagi.. terus la weni bersiap nk p beli suratkhabar..
weni p cr srtkbr kat area bertam ulu.. 2 kedai weni cr tak de.. kedai ke 3 br ada.. itu pun srtkhr KOSMO.. tak kisah la.. asalkan ade gmbr tmpt kejadian, mak n ayah budak tu.. tajuk dia "MEKANIK BERANI TEMUI AJAL"..
masuk dlm kete.. terus weni bc artikel dia..perrgghhhh.. mengalir air mata gua beb.. bila tgk gmbr mak n ayah dia menangis.. sedih tgk gmbr bapak si mati ditenangkan oleh jiran..
ini kata2 utk si perompak atau skrg boleh dilabelkan sbg pembunuh... "kau tak pernah merasa mengandung.. kau tak pernah merasa sakit nak bersalin.. senang2 je ko bunuh budak yg telah dibesarkan selama 24tahun.. sekelip mata, nyawa budak tu hilang.. kau sakit tak, kalo tangan kau kene pisau.. sakit kan.. ini kan kau tikam berkali2.. terus pergi selama2nya budak tu... mungkin skrg ko terlepas.. tp ko tak kan tenteram smpi hujung nyawa ko sbb ko dah bunuh satu umat ciptaan DIA..."
AL-FATIHAH utk Allahyarham Nasahrudin Ali.
daaaa.....




