Showing posts with label ANDHIKA'S STORY. Show all posts
Showing posts with label ANDHIKA'S STORY. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

selamat hari bapa...

salam semua pembaca blog weniwin...

kali ni giliran ANDHIKA buat post kat blog mama ni..

ANDHIKA dan adik ANDRIAN nak ucap "SELAMAT HARI BAPA" pada semua ayah2, bapak2, abah2, papa2, daddy2, waled2 dan apa saja lah panggilan utk suami kpd wanita yg melahirkan kita..

wahhh.. pandai la pulak ANDHIKA ckp mcm tu ek... ini semua mama yg ajar...

hmmmm... tahun ni, daddy menyambut HARI BAPA untuk kali pertama.. tp kan.. daddy lupa hari ni hari bapa.. mama yg ingat kan.. biasa la daddy kan, dia kata tak payah susah2 kan diri..

tp, ANDHIKA dan adik ANDRIAN tak susah la.. cuma mampu ucap selamat je utk daddy.. nak beli hadiah, kami belum keje lagi.. bila kami dah keje nanti, kami belikan hadiah untuk daddy ye... sayang daddy...

kat bawah ni.. gambar ANDHIKA dan adik ANDRIAN di suatu petang yg indah di parking atas, plaza tanjung aru, KK...

ANDHIKA, adik ANDRIAN dan mama rindu saat tu... angin yg sepoi bahasa, permandangan yg indah mengadap Pulau Manukan dan Gunung Kinabalu.. sungguh tenang petang itu...




ok la.. ANDHIKA nak cerita pasal kami yg dah makan nestum...

ohhhh.. sgt sedap rupanya nestum ni kan... nenek kata, kami skrg dah nak masuk 6 bulan usia kami, dah boleh makan nestum..

nenek kata kan, dulu.... nenek bagi anak2 nenek nestum waktu usia 3 4 bulan.. ok je sampai skrg ni... sihat2 je anak2 nenek terutama mama..

jadi, nenek la yg mulakan bagi kami nestum.. menggunakan sudu..

oh.. sangat la sedap..


comot tu biasa la kan.. kepala ANDHIKA dan adik ANDRIAN tak boleh nak duduk diam.. tu yg jd misai kat mulut kami tu...


tapi kan.. nenek bagi nestum lagi baik daripada mama yg bagi nestum kat kami.. kalo mama bagi, bukan takat kami ada misai je, siap dgn janggut dan jambang.. sangat la comot.. mama kata, mama tak pandai nak bagi nestum pakai sudu.. nenek kan dah ada pengalaman 4 org anak.. so, nenek lagi cekap..

hoho hoho... nak nestum lagi...


ok.. itu pasal nestum.. ini cerita pasal sesi training..

sekarang ni, ANDHIKA dan adik ANDRIAN kan dah mula pandai nak mengereng.. walaupun mama kata anak2 mama ni agak lambat mengereng berbanding anak2 org lain yg usia 3 4 bulan dah pandai meniarap, tp mama kata, tak pe.. asalkan kami ni sihat dan aktif..

oohhh.. yehhhh.. kami mmg sgt aktif skrg.. mama mmg nmpk letih sgt skrg menjaga ANDHIKA dan adik ANDRIAN..

ini perpatah INDRA.. "keletihan mama, kebahagian kami"... hihihi...

ini training yg tak berapa nak menjadi la.. mula2 je kami mengereng sampaikan ANDHIKA nak gigit jari2 adik ANDRIAN..


tp.. bila ANDHIKA dgr mama on kan camera, ANDHIKA terus tgk camera...



bila mama asyik amek2 gambar kami, adik ANDRIAN dah mula bosan mengereng sorang2..


dan akhirnya, bila ANDHIKA senyum2 kat camera, adik ANDRIAN telah memusingkan badan.. dia tak nak join ANDHIKA bergambar..


hhhhmmm.. rasanyer.. itu je la kot cerita ANDHIKA kali ni.. post INDRA'S STORY akan datang akan di taip oleh adik ANDRIAN..

rasanyer.. tak adil la pulak, tak letak gambar kami dgn mama kan.. td dah letak gambar kami dgn daddy.. kat bwh ni, gmbr kami dgn mama pulak.. mama kan giler glemer..


itu saja la untk kali ni ye..

daaaaaaaa...

opppsss... ada lagi nak ckp sikit.. kalo pembaca mama perasan kat blog mama ni, mama jrg guna "byebye" atau "sekian" atau yg sewaktu dgn nye lah, masa nak menamatkan post mama kan..

mama selalu guna perkataan, "daaaaa.."

di sebabkan ANDHIKA dan adik ANDRIAN keturunan orang indonesia, maka ANDHIKA dan adik ANDRIAN pun akan guna "daaaa..." untuk mengakhiri INDRA'S STORY kami.. mama kata, perkataan "daaaaa..." digunakan oleh org indonesia untuk mengakhiri perbualan atau dlm penulisan. kami akan cuba meneruskan menggunakan beberapa bahasa ibunda yg kami tahu selepas ni.. jadi ANDHIKA harap, jgn salah gunakan perkataan tu ye..

ok.. INDRA sayang semua pembaca blog mama..

daaaaaaa.....

sayang MAMA & DADDY
^_^
.


.

Wednesday, May 6, 2009

mahMOOD mama

salam semua..

apa habaq??? cehhhh... cakap kedah la pulak...

hihi..

aunty aunty, uncle uncle, makcik makcik, pakcik pakcik, kakak kakak, abang abang, adik adik, awek awek.. oopppsss.. kecik lagi tak boleh ckp awek awek.. nnti daddy marah..

hihi..

sihat semua??

ANDHIKA dan adik ANDRIAN, sihat sejahtera..

kami ok ja...

tapi kan.. mama tak ok la..

mood mama mcm tak bagus je ANDHIKA tengok.. mama kata, mood atau mama panggil 'mahMOOD' mama, akan baik selepas TRANSFORMASI mama telah berlaku..

apa maksud mama tu ek????

puas la ANDHIKA dan adik ANDRIAN bincang2 sama kami.. tp kami pun tak dapat jawapan..

mama kata kan.. lepas TRANSFORMASI tu berlaku, mama akan happy yang tak terhingga.. mama kata lagi.. ANDHIKA dan adik ANDRIAN pun akan happy jugak..

eeeeee... tak sabar ANDHIKA nak tunggu TRANSFORMASI tu..

kesian ANDHIKA tengok mama.. muka sememeh je.. mcm muka tak siap je..

tengok mcm kami.. meriah je muka kami... meriah suasana di rimba.. hahahah..

tak pe la.. biarla mama tenangkan hati mama dulu ye..

mama bagitahu kat ANDHIKA sekejap tadi, mama tak kan update blog selagi TRANSFORMASI itu telah berlaku.. so.. kepada yg di luar sana.. tunggu je la story mama pasal TRANSFORMASI tu ye..

ok la.. tak de ape nak cerita sebenarnya.. saja je ANDHIKA mengisi masa lapang yg ada ni untuk buat INDRA'S STORY, sementara adik ANDRIAN tengah melayan mata.. sekarang ni adik ANDRIAN kuat mengamuk.. dia dah pandai jerit sekuat hati dia.. kadang2 kan.. mama join jerit sekali dengan adik ANDRIAN kan.. tapi, suara adik ANDRIAN tetap no.1...

kat bawah ni, wajah kami terbaru.. ini masa sesi training lepas balik dari keje..


nak tanya ni.. sape UPIN & IPIN????

hansem sangat ke UPIN & IPIN tu???

ramai cakap kami mcm UPIN & IPIN??? uncle ben selalu panggil ANDHIKA - UPIN.. dan adik ANDRIAN - IPIN.. ramai la panggil kami mcm tu.. kwn mama dan daddy pun.. "uncle ayahraushan" pun

kalo UPIN & IPIN tu hensem, ok la.. kami suka je.. hihi..

ok la.. ANDHIKA dah ngantuk la.. nak tido...

byebye semua.. daaaa..



.

Monday, April 27, 2009

selamat utk MAMA & DADDY

salam untuk semua pembaca blog weniwin.blogspot.com

hari ni.. giliran ANDHIKA buat "INDRA'S STORY"...

ANDHIKA tak de ape nak citer.. cuma nak wish kat mama & daddy kami... "HAPPY ANNIVERSARY"...

19 APRIL yg lalu.. mama dan daddy sambut 1st anniversary... adik ANDRIAN lupa nak wish kat INDRA'S STORY hari tu..

so.. ANDHIKA mewakili adik ANDRIAN.. nak minta maaf ye mama & daddy.. walaupun kami lupa nak wish, tp kami sentiasa ingat.. lagipun 19 april hari tu kan, kita gi jalan sama2 ke Tenom..

ini hadiah dari ANDHIKA dan adik ANDRIAN khas buat mama & daddy yg kami sayang..


ANDHIKA nak ucapkan terima kasih pada mama & daddy sebab melahirkan dan membesarkan....

INDRA ANDHIKA M.S. IZWIN


dan

INDRA ANDRIAN M.S. IZWIN


terima kasih kpd mama & daddy kerana menjaga kami dari kami lahir hingga sekarang... bagi kami minum susu smpi kami dah mula nak nmpk hensem.. ehhhh.. silap silap.. comel.. ehhhh... silap silap.. mama kata, jgn ckp comel.. jgn angkat bakul sendiri.. mama kata, kene ckp.. "sihat"..

ya... kami sihat sejahtera.. alhamdulillah...

ini ANDHIKA tengah tgk gmbr2 perkahwinan mama & daddy.. masa ni, adik ANDRIAN tido..


hoho.... hari tu, adik ANDRIAN ckp ANDHIKA chengeng yeee...

haaa... ni ANDHIKA nak tunjuk... adik ANDRIAN pun chengeng...


nenek chengeng kata pd mama, kami ni satu keturunan kuat nangis.. sensitif.. chengeng.. hihi...

ok la.. itu je la STORY kami kali ni..

sampai berjumpa di lain waktu.. daaa...



.

Sunday, March 8, 2009

cuti-cuti KAMI

salam utk semua pembaca blog mama...

hai.. saya ANDHIKA..

hari ni ANDHIKA nak citer aktiviti kami sekeluarga masa mama & daddy cuti minggu lepas..

hhhmmm.... rasanyer dah lama ANDHIKA tak borak2 kat blog mama ni kan.. maaf la.. ANDHIKA busy la membesar kan badan dgn adik ANDRIAN..

hari ni baru ada kesempatan sbb aktiviti membesar kan badan telah berjaya.. badan ANDHIKA dan ANDRIAN dah besar dah.. tunggu nak pandai merangkak dan berjalan je lagi... tulang2 kami dah mula kuat.. ni semua gara2 mama bagi kami minum susu yg lazat berkrim di sukai ramai... hihihi..

ok la.. nak citer ni.. 24hb-28hb feb, mama dan daddy kan cuti.. 4 hari cuti tu, kami sekeluarga relax2 je kat rumah.. kami sekeluarga semua buat aktiviti membesarkan badan.. badan mama dan daddy pun dah makin membesar ANDHIKA tengok..

kat bawah ni.. gambar2 aktiviti ANDHIKA dan ANDRIAN selama cuti tu...

aktiviti tido mmg pasti... lepas minum susu, tido...



selain drpd tido.. aktiviti tengok tv..


.
dah penat duduk atas kerusi malas kami, daddy duduk kan kami pulak.. di paksa tengok tv lagi sampai mengantuk ANDHIKA di buatnya...


.
dah penat duduk.. daddy baring kan ANDHIKA dan adik ANDRIAN kat bawah pulak.. kami layan blues sekejap...


.
bila dah penat baring, adik ANDRIAN dah mula merengek nak susu...
.

itu la aktiviti ANDHIKA dan adik ANDRIAN selama bercuti dgn mama dan daddy..
.
keje daddy tak abis2 menyakat ANDHIKA dan adik ANDRIAN.. sejak kami ni dah ada air mata, daddy memang suka sakat ANDHIKA dan adik ANDRIAN sampai nangis... daddy kata, daddy sangat teruja tengok kami mengeluarkan air mata.. daddy tak tahu ke yg penat nyer kami menangis sampai mengeluarkan air mata.. tp, mama bagus.. bila ANDHIKA dan adik ANDRIAN dah mengeluarkan air mata, mama cepat2 bagi minum susu.. tu yg best tu...
.
dan keje mama sepanjang cuti tu, amek gambar kami.. menjadi camerawoman yg tak bertauliah.. mmg mama tak de keje lain.. amek gambar.. amek gambar.. sampai kan gmbr bogel kami pun mama amek.. tengok kat bawah ni... tp, gmbar bogel kami dah ANDHIKA cut utk ciri2 kesopanan..
.

gmbr ni mama ambil sbb nak bagi nenek tengok.. nenek mintak mama amek gmbr yg nampak peha.. tp, mama amek gmbr yg nampak semua..
.
betul la mama kata... ANDHIKA dan adik ANDRIAN dah bulat2..
.

.
bila dah boring dengan aktiviti kami kat rumah.. daddy bawa kami gi tepi pantai..
.
daddy nak tunjukkan ANDHIKA dan adik ANDRIAn air laut yg dekat dgn hospital likas.. ala.. hospital yg mama keluarkan kami tu la..
.
tp.. ANDHIKA dan adik ANDRIAN tak dapat tengok air laut.. sbbnyer.. kami tak boleh la kene angin sepoi2 bahasa ni.. buat mata ANDHIKA dan adik ANDRIAN layu.. smpi kat tepi pantai, kami menjalan aktiviti biasa kami iaitu tido... zzzzz...
.
kat bawah ni, gambar2 ANDHIKA dan adik ANDRIAN dalam CRV di tepi pantai Likas..
.









ok la.. itu je la citer ANDHIKA kali ni.. penat la taip2 ni.. dah la nak upload gmbr lambat guna berukband ni.. nak minum susu mama la lepas ni..
.
ok..
.
sampai jumpa lagi..
.
daaaa..
.
sayang MAMA & DADDY
.


Thursday, February 5, 2009

INDRA nak blogging jugak

Salam untuk semua pembaca blog mama..

Nama saya INDRA ANDHIKA BIN M.S. IZWIN...

Kali ni ANDHIKA pulak nak story mory kat blog mama ANDHIKA.. korang sudi ke baca cerita ANDHIKA???? sudi je la ye..

Sebenarnya, ANDHIKA minta mama buat kan satu blog utk ANDHIKA dan adik ANDRIAN... tapi mama kata, kalo mama buat kan blog utk kami, mama takut takde org nak baca mama punya cerita lagi.. nanti semua pembaca blog mama bertukar ke blog kami pulak...

jadi permintaan kami di tolak..

tapi mama ANDHIKA spoting...

mama bagi ANDHIKA story kat blog mama.. mama suruh setiap kali ANDHIKA atau adik ANDRIAN nak bercerita kat blog mama, buat tajuk 'INDRA'S STORY' dan buat tulisan warna biru.. supaya lepas ni, org di luar sana tahu itu cerita kami..

jadi lepas ni, kalo korang tengok tajuk 'INDRA'S STORY'... itu maknanya kami la yg taip ye.. kalo tak ANDHIKA, adik ANDRIAN yg taip.. kali ni ANDHIKA yg taip sbb ANDHIKA yg sulung.. yg adik kene tunggu the next post..

hari ni, umur ANDHIKA n adik ANDRIAN 46 hari.. sekejap je rasanyer..

mama kata, ANDHIKA sekarang pakai pampers saiz S dah.. adik ANDRIAN masih pakai yg new born..

ANDHIKA dah gemuk ke??? ala.. gemuk2 ni tak macho la.. tp mama kata, gemuk waktu baby ni tak pe.. jgn gemuk dah besar nnti.. susah nak tekel pompuan.. tekel tu apa?? ANDHIKA tak tau la.. nnti la dah sekolah nnti, ANDHIKA tanya kat cikgu...

sekarang ni keje harian ANDHIKA dan adik ANDRIAN, tido, bangun, menyusu, berak, kencing, menangis, lepak2.. tu jela yg ANDHIKA dan adik ANDRIAN tahu buat... biasanya, ANDHIKA dan adik ANDRIAN tido waktu siang.. waktu malam, ANDHIKA dan adik ANDRIAN begilir2 keje overtime.. tujuan keje overtime ni adalah untuk mendera mama dan daddy..

masa sekarang ni la ANDHIKA dan adik ANDRIAN boleh dera mama dan daddy.. sbb mama dah bagitau awal2 pd ANDHIKA dan adik ANDRIAN yang mama akan ajar mcm2 bila kami dah besar... contohnya.. sapu sampah, basuh pinggan, basuh baju, mop lantai, lipat kain, kemas rumah, dan banyak lagi la.. jadi.. ANDHIKA dan adik ANDRIAN dah mesyuarat dan keputusan sudah di ambil yg kami mahu dera mama dan daddy sekarang ni sebelum mama dera kami..

Kat KK ni, ANDHIKA tak de sape2... ANDHIKA cuma ada mama, daddy dan adik ANDRIAN.. tak best sebenarnya.. saudara mara semua jauh2... tunggu raya baru dpt jumpa.. nak buat mcm mana kan, dah mama n daddy bekerja kat sini, terpaksa la ANDHIKA dan adik ANDRIAN tinggal kat sini...

mama bagitau ANDHIKA, yang ANDHIKA dan adik ANDRIAN ada 2 sepupu lelaki.. yang pertama nama dia abang IRFAN dan yang kedua abang IRWAN.. abang IRFAN umur 2 tahun.. adik abang IRFAN iaitu abang IRWAN rasanya berumur 7 bulan.. hhhmmm.. nnti bila jumpa boleh la kami buat team main futsal...

ANDHIKA nak tanya kat pembaca blog mama la.. betul ke mama ANDHIKA tak pandai masak..???? mama kata, mama tak pandai masak.. mama ada cerita kat blog mama yg mama memang tak pandai masak.. mama kata lagi, nenek ANDHIKA yang kat kedah tu pandai masak... mama cerita.. masa nenek ANDHIKA duduk dgn mama kat KK ni, nenek ANDHIKA masak macam2 utk mama dan daddy.. tu yang mama kata, berat mama cecah 89 kg.. betul ke nenek ANDHIKA masak sedap..??? tak sabar rasanya ANDHIKA nak rasa masakan nenek ANDHIKA..

ANDHIKA tahu.. walaupun mama ANDHIKA tak pandai masak.. mama tak kan biarkan anak2 mama perut lapar.. mesti mama akan usahakan untuk perut anak2 mama ni..

ok la.. ANDHIKA tak de idea la nak cakap apa lagi.. post yang pertama ni cuma perkenalan je.. lepas ni, ANDHIKA atau adik ANDRIAN akan citer lagi la pasal kami..

kat bawah ni, ada beberapa gambar untuk tatapan umum...


ANDRIAN & ANDHIKA duduk kerusi malas mengadap mama dan daddy.. Mama dan daddy mengadap tv.. ada ke patut mcm tu.. kami pun nak tgk tv jugak..


ANDHIKA dah sampai tetido tunggu mama bersiap...


hihi.. ANDHIKA mengantuk.. ANDRIAN boleh senyum pulak bila tengok ANDHIKA menguap...



tengok pipi ANDHIKA & adik ANDRIAN.. dah bulat2 kan.. mama kata, pipi ANDHIKA dah mcm pipi shinchan.. tp ANDHIKA tahu, ADHIKA lagi hensem dari shinchan..

oh ye.. sebelum ANDHIKA terlupa.. semalam, mama ANDHIKA dapat mesej drpd Abah Man.. tp, mama tak nak cerita apa isi kandungan nya.. mama kata, ada kaitan dengan CRV dan pesawat MAS..

pasal ape tu ek... Abah Man dan Ibu R belikan kami CRV ke?? ke belikan kami kapalterbang?? uishhh... biar betul.. CRV??? kalo betul.. boleh la ANDHIKA dan adik ANDRIAN bawa mama dan daddy gi jalan2..

ANDHIKA paksa mama cerita apa yang Abah Man mesej mama.. mama kata, kene rahsia kan dulu untuk ciri2 keselamatan.. ada2 je la mama ni..

Hmmm.. siang tadi.. mama ANDHIKA mesej nenek, minta buat kan sarung bantal utk bantal ANDHIKA dan adik ANDRIAN.. sbb kami selalu muntah susu.. jadi busuk bantal kami..

Nenek kata, nenek akan buatkan... ANDHIKA tahu, yang potong nenek, yang jahit sarung bantul tu, uncu.. jahit elok2 ye uncu.. boleh pakai sampai tua.. hihi..

Ok la.. sampai jumpa lagi...

*sayang mama & dady*

^_^

.