Sunday, March 8, 2009

cuti-cuti KAMI

salam utk semua pembaca blog mama...

hai.. saya ANDHIKA..

hari ni ANDHIKA nak citer aktiviti kami sekeluarga masa mama & daddy cuti minggu lepas..

hhhmmm.... rasanyer dah lama ANDHIKA tak borak2 kat blog mama ni kan.. maaf la.. ANDHIKA busy la membesar kan badan dgn adik ANDRIAN..

hari ni baru ada kesempatan sbb aktiviti membesar kan badan telah berjaya.. badan ANDHIKA dan ANDRIAN dah besar dah.. tunggu nak pandai merangkak dan berjalan je lagi... tulang2 kami dah mula kuat.. ni semua gara2 mama bagi kami minum susu yg lazat berkrim di sukai ramai... hihihi..

ok la.. nak citer ni.. 24hb-28hb feb, mama dan daddy kan cuti.. 4 hari cuti tu, kami sekeluarga relax2 je kat rumah.. kami sekeluarga semua buat aktiviti membesarkan badan.. badan mama dan daddy pun dah makin membesar ANDHIKA tengok..

kat bawah ni.. gambar2 aktiviti ANDHIKA dan ANDRIAN selama cuti tu...

aktiviti tido mmg pasti... lepas minum susu, tido...



selain drpd tido.. aktiviti tengok tv..


.
dah penat duduk atas kerusi malas kami, daddy duduk kan kami pulak.. di paksa tengok tv lagi sampai mengantuk ANDHIKA di buatnya...


.
dah penat duduk.. daddy baring kan ANDHIKA dan adik ANDRIAN kat bawah pulak.. kami layan blues sekejap...


.
bila dah penat baring, adik ANDRIAN dah mula merengek nak susu...
.

itu la aktiviti ANDHIKA dan adik ANDRIAN selama bercuti dgn mama dan daddy..
.
keje daddy tak abis2 menyakat ANDHIKA dan adik ANDRIAN.. sejak kami ni dah ada air mata, daddy memang suka sakat ANDHIKA dan adik ANDRIAN sampai nangis... daddy kata, daddy sangat teruja tengok kami mengeluarkan air mata.. daddy tak tahu ke yg penat nyer kami menangis sampai mengeluarkan air mata.. tp, mama bagus.. bila ANDHIKA dan adik ANDRIAN dah mengeluarkan air mata, mama cepat2 bagi minum susu.. tu yg best tu...
.
dan keje mama sepanjang cuti tu, amek gambar kami.. menjadi camerawoman yg tak bertauliah.. mmg mama tak de keje lain.. amek gambar.. amek gambar.. sampai kan gmbr bogel kami pun mama amek.. tengok kat bawah ni... tp, gmbar bogel kami dah ANDHIKA cut utk ciri2 kesopanan..
.

gmbr ni mama ambil sbb nak bagi nenek tengok.. nenek mintak mama amek gmbr yg nampak peha.. tp, mama amek gmbr yg nampak semua..
.
betul la mama kata... ANDHIKA dan adik ANDRIAN dah bulat2..
.

.
bila dah boring dengan aktiviti kami kat rumah.. daddy bawa kami gi tepi pantai..
.
daddy nak tunjukkan ANDHIKA dan adik ANDRIAn air laut yg dekat dgn hospital likas.. ala.. hospital yg mama keluarkan kami tu la..
.
tp.. ANDHIKA dan adik ANDRIAN tak dapat tengok air laut.. sbbnyer.. kami tak boleh la kene angin sepoi2 bahasa ni.. buat mata ANDHIKA dan adik ANDRIAN layu.. smpi kat tepi pantai, kami menjalan aktiviti biasa kami iaitu tido... zzzzz...
.
kat bawah ni, gambar2 ANDHIKA dan adik ANDRIAN dalam CRV di tepi pantai Likas..
.









ok la.. itu je la citer ANDHIKA kali ni.. penat la taip2 ni.. dah la nak upload gmbr lambat guna berukband ni.. nak minum susu mama la lepas ni..
.
ok..
.
sampai jumpa lagi..
.
daaaa..
.
sayang MAMA & DADDY
.


Thursday, March 5, 2009

apa komen korang...

berita ni weni amek drpd http://www.kosmo.com.my/..


TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.

Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.

"Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.

"Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.

Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.

apa yg keluar dr mulut korang bila bc n tgk gmbr kat atas??

weni bila tgk gmbr je.. dah siap maki mak bayi ni.. bila baca artikel.. tmbh lg makian utk mak bayi ni..

bangang..

kalo rasa anak ni bukan kehendak pun.. jgn la sekejam ni.. atleast balut la elok2.. letak kan kat masjid ke, depan rumah org ke.. ini tak, letak kat longkang n tanpa pakaian smpi burung gagak mematuk bayi tu...

kalo mak bayi ni baca blog ni.. weni nak ckp, "kau adalah manusia paling kejam di dunia ni.. kau bodoh n bangang.. smpi ke mati la hidup ko akan dibelenggu perasaan berdosa.. "

sejak weni ada anak ni, weni agak sensitif dgr kes2 buang bayi, dera, kehilangan anak..

bukan senang nak melahirkan anak, lepas tu senang2 buang.. senang2 dera..

kalo kene dera dgn pengasuh, lagi weni tak boleh terima.. kita sendiri tak pernah pukul anak, dia yg kita upah utk jg anak kita, boleh pulak dera pukul.. rasa nak bg kaki kita ni singgah kat mulut pengasuh tu je..

ok la... ckp bab2 ni, buat weni emosi pulak..

.

Wednesday, March 4, 2009

start keje

yuhuuuu... weni dah start keje balik.. yuhhhhuuuu.. bermula la kehidupan weni sebagai seorg pekerje dan seorg babysitter di ofis ni..

byk bende nak kene buat ni bila dah 2 bulan lebih cuti ni.. best nyer dah naik keje ni.. weni tak tahu la, org lebih suka cuti2 rehat2 kan... tp weni lebih suka bekerje..

masa weni cuti hr tu, weni tak sbr nak naik keje.. sbb kat ofis ni bukan byk keje pun.. kdg2 rasa mcm tak keje pun.. hihihi..

lepas weni abis pantg hr tu, 2 kali weni dtg ofis, seolah2 weni bekerje sbb weni nk try INDRA ni mcm mana kat ofis.. bgn awal2, siap kan diorg lepas tu p keje.. 2 kali percubaan tu, semua nya ok je..

dan dah 3 hari weni bw diorg dtg ofis sekali termasuk hari ni, alhamdulillah..semuanya ok.. INDRA ni tak byk karenah sgt..hhhmmm.. skrg tak byk karenah lagi la... tak tahu la akn dtg.. diorg ni kat ofis, bila start je nak menangis, weni akan ckp, "hhhaaaa... jgn nk nangis2 kat sini, ni ofis, bukan rumah..".... hahahahaha.. bukannyer diorg faham kan.. tak pe.. weni nak ajar diorg sejak skrg utk bezakan ofis n rumah.. nnti weni senang..

sbnrnyer.. byk bende weni kene buat bila dah 2 bulan lebih cuti ni.. tp, tak boleh nak buat apa2 lg.. sbbnyer.. weni order carbinet utk letak kat dlm stor blkg.. weni nak bersih kan bilik weni ni.. nak letak INDRA ni dlm bilik weni yg nk kata bilik pun boleh, stor pun boleh.. bilik ni byk brg2.. so, nak angkut masuk stor blkg.. tp, apek kedai perabot tu tak hntr2 carbinet yg kami order tu..

tension betul.. disbbkan carbinet tak smpi2 lg, byk keje tergendala.. weni nak bg INDRA ni selesa bila tido dlm bilik weni ni.. walaupun tak boleh nak se selesa mcm kat rumah, atleast tak sesak mcm skrg ni..

skrg ni, diorg blum boleh merangkak n berjalan.. kalo dah boleh, terpaksa la guna bilik seminar utk diorg bermain.. bila ada customer nak guna bilik seminar ni, terpaksa la weni angkut balik masuk bilik weni..

hhhmmm.. hari jumaat lepas.. weni n win kan cuti.. tetiba dpt tahu ada speaker dr HQ dtg bg talk kat centre ni.. bila dpt tahu mcm tu, weni ajak la win dtg ofis skjp utk support program company..

weni smpi ofis dlm kul 8.. huhhuuuuu... smpi je ofis.. weni tgk ramai org kat luar centre.. diorg tgh tunggu program start...

smpi je.. semua dtg kearah INDRA.. hhhmmm.. mcm biasa la.. diorg nak tgk UPIN & IPIN. hihihi.. weni tolak diorg dlm CRV.. jd perhatian sekejap anak2 weni.. siap bergambar2 lagi.. diorg bergambar dgn INDRA je. mama INDRA diorg tak nak.. hihihi.. ape la diorg ni.. sepatutnya mama INDRA pun amek la gmbr kan.. mana boleh anak je glemer, mak dia pun nak glemer jugak.. disbbkan INDRA ni, program mlm tu di lewatkan sikit.. hihihi.. glemer anak weni mlm tu..

masa tgh amek2 gmbr tu.. terkejut weni.. kat blkg weni rupanya en.bobie.. weni tak tahu pun en.bobie dtg sekali..

bila program dah start.. weni, win n en.bobie borak2 kat luar centre..

yuhhhuuuu.. en.bobie bg green light kat weni utk bw INDRA ni dtg ofis sekali masa weni keje.. seronok weni.. so.. lepas ni, weni tak takut la kalo sesiapa pertikaikan weni bw anak masa bekerje sbb CEO yg bg kebenaran..

so... 2hb mac 2009.. bermula weni mengangkut anak2 weni gi keje sekali..

skrg ni kene bgn awal.. dulu weni siap kan diri weni je sblm gi keje.. skrg kene siap kan INDRA lagi.


masa tgh pasangkan pampers diorg kan.. weni ckp dgn win.. "skrg ni ok lg.. nnti bila diorg dh pandai lari2 bila kita nak pasang kan pampers diorg.. hhhmm.. tak tahu la kul berapa nk kene bgn..."

"kita ikat je kat katil masa nak psg kan pampers diorg.." hahahha.... tgk la nnti.. kalo susah sgt, mmg kene ikat ni.. mana tak nyer, kalo sorang ke utara, sorg ke selatan.. mmg smpi petang pun tak terpasang pampers diorg nnti...

utk 2 hari ni (isnin dan selasa).. anak2 weni masa kt ofis, ok je... tak meragam.. menangis nak susu tu biasala.. tp... ya ampunnn... smpi rumah diorg punyer meragam, smpi kul 3 pg weni n win br dpt tido.. myb diorg tak biasa kan dlm aircond masa kat ofis, balik rumah jd tak selesa pulak diorg ni... tu yg skjp menangis, skjp tido, skjp menangis, skjp tido.. mmg diorg bg weni n win keje overtime smpi pagi..

kat ofis.. weni terpaksa la sedia kan keperluan dia sama mcm kat rumah.. sbb.. tak kan la weni nak angkut kehulu ke hilir brg2 keperluan diorg ni... so.. hr ahad lepas.. weni gi la shopping brg2 diorg...

kat bwh ni gmbr diorg yg tetiba2 menangis serentak nak menyusu..







terpaksa la berhenti sekejap cari tmpt duduk n menyusukan diorg ni dulu.. skrg ni, kalo nak kemana2, weni dah siap2 buat kan susu diorg.. kalo diorg menangis serentak, weni akan bg susu botol.. kalo sorg2 menangis, weni akan bg susu badan..
.
kat ofis pun mcm tu.. kalo sorg menangis, weni bg susu badan.. kalo 2 2 menangis serentak, tak boleh la nak bg susu badan bergilir.. masa diorg nak tunggu turn utk menyusu tu nanti, satu plaza tanjung aru ni bergegar dgr suara diorg menangis..
.
sbnrnya.. bab menyusu ni.. weni mmg nak diorg menyusu badan.. tp, sbb anak weni 2.. tak boleh la weni nak ikut polisi penyusuan ibu.. sepatutnya kan kita kene bagi susu badan selama 6bulan.. tp.. weni mmg tak mmpu la.. terpaksa bg susu botol jugak sbb nyer dr mula anak2 weni lahir tak cukup bulan, lepas tu weni pulak tak de pengalaman menyusu, jd diorg tak pandai nak tangkap puting weni.. jd atas nasihat doktor, kene bg jugak susu botol, takut nnti anak2 weni tak cukup zat dlm bdn diorg..
.
so.. kpd bakal2 ibu diluar sana.. nnti bg la susu badan.. weni percaya dgn kebaikan2 menyusu badan ni iaitu berat boleh turun.. ohyeah... mmg turun pun.. ok.. nak bagtau ni... total berat weni turun selepas 2 bulan melahirkan anak adalah 22kg... dan.. berat weni turun 5kg dpd berat sblm kawin.. so.. skrg nmpk slim drp sblm kawin hr tu.. hihi... berat skrg ni tak mau bg tau dulu.. tunggu bila berat weni dh cecah berat ideal br weni umum kan.. hihihi..
.
ok la.. nk smbung buat keje.. nnti kita story mory lagi..
.

Saturday, February 28, 2009

my family

yuhhhuuuu... akhirnya.. dpt jugak weni pujuk win bergambar dgn weni n INDRA..

ini adalah gmbr terbaru keluarga weni..

kami berempat... utk tatapan semua..









24hb-28hb feb.. weni n win cuti.. kami tak pergi mana2 pun.. duduk rumah, rehat2, belek2 INDRA, sakat2 INDRA dan main2 dgn INDRA... itu je keje kami selama cuti ni..
...


Tuesday, February 24, 2009

musim

hai..

weni nak ckp pasal 'musim' hari ni..

mcm ni..

zaman skrg kan mcm2 ada.. maksud weni.. ada blogger, friendster, facebook, myspace, tagged dan mcm2 lagi la..

masa weni kuliah dulu.. kbnykn friendster/facebook/myspace ni, diorg tunjukan gmbr diorg dgn pasangan.. musim bercinta la kan..

lepas abis weni kuliah.. musim tunjuk gmbr diorg masa bertunang..

lepas tu, musim tunjuk gmbr kawin..

masa tu weni tak kawin lagi.. jeles la jugak..

weni pun tak ketinggalan jugak.. bila dah ada teman, weni letak gmbr weni n win kat friendster.. bukan nak tunjuk2 boyfriend.. cuma nak umum kan kita ni single but not available.. hihihi..

ok.. ini pendapat weni.. weni ulang sekali lagi.. pendapat weni sahaja.. hhhmmm.. bg weni, friendster/facebook/myspace dan blogger ni adalah satu ruang utk kita berkongsi kehidupan kita dgn kwn2 n kenalan kita.. letak gmbr boyfriend, gmbr masa bertunang, gmbr masa kawin dan gmbr bila dah ada anak, bukannya utk menunjuk2.. cuma utk berkongsi..

tak de niat la weni nak tunjuk2 apa yg weni ada lalui n apa yg weni ada..

masa weni mengandung.. weni tgk friendster kwn2 weni, semua tunjuk gmbr anak2.. masa tu musim kwn2 weni lepas bersalin.. bila time raya, weni sgt jeles tgk gmbr kwn2 weni dgn anak2 diorg.. berpakaian sedondon.. masa raya hari tu kan, weni masih bersedih dgn pemergian papa weni.. bila tgk gmbr diorg, eeeee jeles sgt2..

so.. bila weni dah selamat bersalin.. skrg musim weni tunjuk gmbr anak2.. mmg skrg ni, blog weni akan byk cerite pasal INDRA..

weni tak peduli org akan bosan dgn citer weni yg asyik bercerita pasal INDRA.. tp.. ini adalah hak weni kan.. dan skrg ni.. weni byk cerita pasal INDRA dan letak gmbr diorg sbb utama adalah utk mencerita kan perkembangan diorg pada keluarga weni.. itu je niat weni.. weni cerita pasal INDRA, ibu weni boleh tahu perkembangan cucu kembar dia ni.. ibu kat kedah selalu sms weni tanya perkembangan INDRA.. jd utk menyenang kan hati ibu weni, weni bercerita pasal INDRA kat blog weni.. sesiapa yg bosan membaca citer weni, harap abaikan tp jgn buat taik kat blog weni.. itu je weni minta sbb weni tak minta sesiapa utk folow cerita weni..

mula2 weni beli camera, weni agak menyesal tau.. sbb win bukan jenis suka bergambar.. menyesal je beli sbb jarang pakai.. tp skrg.. setiap hari bergambar.. bukan gmbr weni.. gmbr INDRA ni la.. diorg baru berusia 2 bulan, tp dah ada 1000 lebih koleksi gmbr diorg... itu je la keje weni skrg.. jd jurufoto pd INDRA ni.. tp tak se profesional mcm ayahraushan.. hihihi...

korang jgn jemu ye tgk muka anak2 weni lepas ni..

sesiapa yg follow citer weni kat weniwin.blogspot ni.. weni ucapkan terima kasih..

weni nak recall balik..

awal tahun 2008.. weni bercerita pasal persediaan utk majlis perkahwinan weni.. lepas tu musim weni bercerita pasal majlis perkahwinan weni.. lepas tu, weni cerita psl baru pindah ke kk ni.. lepas tu musim weni bercerita pasal kandungan kembar di selang dgn cerita pemergian papa weni.... dan skrg musim cerita INDRA pulak..

ok..

nak ckp kt sesape yg link kan blog weni dgn blog korang, inform pd weni ye.. nnti weni pun nak link dgn blog korang ... mai la kita link2 together gether... :)

sudi sudi kan la register sbg followers weni ye... muuuaaahhhh..

ha.. kpd kawan2 weni yg mengenali aqsha.. harap doa kan dia cepat sembuh.. dia mengalami kecederaan yg teruk setelah dilanggar lari oleh seorg pemadu bmw.. ini weni bc cerita kat blog kaduk.. 5 btg rusuk kiri, jari kelingking dan bahu kiri aqsha patah.. dan hmpir 5 hari terlantar kt ICU... kesian kan.. teruk aqsha kemalangan.. dan teruk betul pemandu bmw tu.. ape??? dia ingat dia pemandu bmw bole suka2 langgar org lepas tu lari... tak pe.. weni pasti seumur hidup pemandu bangang tu akan diselubungi perasaan bersalah dan dia akan dpt hukum karma yg setimpal..

semoga aqsha cepat sembuh.. amin.. gmbr ni weni amek dr blog kaduk..


ok.. jumpa lg lepas ni dgn cerita n gmbr2 terbaru upin & ipin.. hihi..
.

2 bulan

alhamdulillah... 22 feb 2009... genap 2 bulan usia anak weni..


dah makin kembang dah..


kat bwh ni wajah terbaru diorg.. 2 bulan sudah... pipi diorg ni dah mcm kuih pau kan..






so.. bila dah masuk 2 bulan.. kene inject lagi kan..


semalam weni bw anak2 weni gi klinik utk injection..


hhhmmm... smpi klinik semalam.. weni timbang n ukur panjng diorg dulu..


ini keputusan nya..



ANDHIKA.. berat 5.2 kg.. panjang 56 cm


ANDRIAN.. berat 4.5 kg.. panjang 56 cm


wahhhhh... makin berat dah anak2 ku..


patutla.. skrg ANDHIKA dah pakai pampers saiz M..


weni tengok kat pampers tu kan.. saiz S utk 3-8kg.. tp, bila ANDHIKA pakai, kelengkang dia merah2 n berbekas.. ingt kan pampers tu tak sesuai lg utk ANDHIKA.. so, weni beli la jenama pampers comfort saiz M.. baru ok..


hhmmm.. bukan salah pampers rupanyer, salah punggung anak ku yg makin kembang.. hahaha..


saiz M tu utk 6-11kg.. tak boleh ikut sgt la kan diorg punya anggaran tu.. kita kene tgk punggung anak kita sebenarnya..


ANDRIAN skrg masih pakai saiz S.. tp, dah menampak kan tidak kesesuaian lg.. lepas ni kene pakai saiz mcm abg dia jugak..


hhhhmmm.. panjang diorg sama.. 56 cm.. akhirnya ANDRIAN berjaya bagi panjang dia sama dgn abg dia.. hari tu ANDRIAN panjg 50 cm.. ANDHIKA 52 cm.. tahniah pd ANDRIAN.. lawan lah lagi.. kita tgk sapa yg paling pjg.. hihi



kat bawah ni gmbr sblm gi klinik.. mcm biasa la, posing dulu setiap kali nak keluar rumah.. hihi.. masa ni diorg tgh tido sbb masa mandi, diorg masih mengantuk lagi.. weni terpaksa kejut kan diorg.. tu yg lepas mandi, lena balik...






.

ANDHIKA dah bangun masa tunggu weni n win bersiap.. ANDHIKA ni bukak mata je, menangis.. smlm, weni duduk kan dia, senyap pulak.. duduk mcm bersantai tepi pantai...






weni sempat amek sekeping gmbr je masa tengah tunggu turn.. smlm, tak lama menunggu padahal ramai org kat klinik.. ntah la, nasib baik.. tp.. lama la pulak kat dlm bilik nurse.. ye la.. tanya itu tanya ini..






nak citer ni..

.


masa kat klinik kan... masuk je dlm klinik tolak CRV ni.. semua org pandang.. weni dgr la, diorg berbisik sama diorg, "anak dia kembar la..".. yg terus tegur weni pun ada.. tanya ini anak lelaki ke perempuan..


best la.. jd perhatian org ni.. hhhmmm.. bohong kalo weni tak bangga kan.. tp weni bukan bangga riak.. weni rasa bangga bertuah..

.


weni rasa bangga la di kurnia kan anak kembar ni.. pergi mana2 je, mesti dpt kenalan baru.. lagi pulak, weni jd sgt pemurah dgn senyuman.. ye la.. org dah pandang kita, mesti la weni kene senyum dgn diorg..

.


weni kan... sejak dulu suka tengok perempuan cantik2.. perempuan yg pandai make up, perempuan yg pandai bergaya.. suka weni tengok diorg.. ke mana saja, weni mmg suka tengok perempuan yg cantik2.. hhhmm.. bila seseorg tu dpt menarik perhatian kita, mesti dia ada daya tarikan sehingga berjaya menarik tumpuan org..
.
bila weni tengok2 diorg kan.. weni fikir apa tau.. ade ke org nak tgk weni.. confirm tak ada.. sbb weni akui dulu weni ni jenis yg selekeh.. tak de yg menarik pun kat diri weni.. tak de daya tarikan yg boleh menarik perhatian org utk tgk weni.. dulu selekeh, tp skrg selekeh jugak... hihi.. kurang selekeh..
.
tp skrg.. weni suka la.. ke mana sj org pandang.. sbnrnya diorg pandang bukan sbb weni.. sbb INDRA ni.. tp tak pe la.. at least skrg kemana weni pegi, org pandang weni.. mula2 diorg pandang INDRA, lepas tu mesti diorg pandang mama INDRA.. cheq suka no.. akhirnya, weni ada daya tarikan utk org pandang weni.. alhamdulillah.. skrg kemana saja, dpt kenalan baru..
.
masa pegi one borneo hari tu pun.. ramai yg pandang weni.. senyum.. dan ada yg terus dtg tgk anak weni.. smpi boleh borak2 lg..
dan.. hari tu.. pelancong mat salleh pun senyum kat weni bila tgk weni tolak CRV ni.. suka nyer weni..
.
sbb tu kan.. skrg weni agak menjaga penampilan.. tak make up beriya2 pun.. simple2 asalkan menarik.. sbb apa tau.. haaaa.. korang jgn ckp weni sengal atau perasan tau.. hihi.. mcm ni.. bila org tgk anak weni.. biasala kan, kalo org tgk baby, mesti ckp comel kan.. ha.. lepas tu diorg tgk mak baby ni, mesti diorg ckp, patut la comel, mama dia cantik.. hahahah.. weni perasan.. weni perasan.. yeyeh..
.

ok la..
.
jumpa kat next post..
.

Sunday, February 22, 2009

19 FEB 2009

alhamdulillah.. pd tarikh ini..

genap 10 bulan weni bergelar isteri

dan

genap 60 hari usia anak weni

dan

genap 60 hari weni menjadi mama kepada ANDHIKA & ANDRIAN...

sekarang ni kan..

byk betul perubahan yg berlaku dlm diri weni..

ye la.. sejak ada anak ni.. kehidupan seharian tak mcm dulu..

dulu kan.. maksud weni masa zaman belajar dulu la.. mlm tido 6 7 jam (ye ke.. bukan lebih ke???).. siangnyer, lepas abis kuliah.. boleh lg tu sambung tido.. bukan lepas abis kuliah je, kalo ada gap sejam pun, sempat lagi balik bilik tido setengah jam.. hihi..

tp sekarang.. bila mlm bangun sampai 3 4 kali menyusukan diorg, tukar pampers diorg.. bangun pagi, segar je.. boleh pulak tu, time siang tak tido.. ok je.. skrg fasa kehidupan dah lain..

dulu kan.. bangun pagi, uruskan diri sendiri je.. tp skrg.. kene uruskan diri utk 3 org.. ANDHIKA, ANDRIAN dan diri sendiri.. memang penat sbnrnya.. dgn tak cukup tido, bangun pagi kene uruskan anak2 pulak.. tp kan... weni rasa bahagia sgt bila weni sendiri dpt uruskan diorg..

spnjg 60 hari weni bercuti ni.. mmg anak2 weni uruskan semuanya.. tak tahu mcm mana nak gambar kan perasaan bila dpt tgk anak2 sentiasa berada di depan mata.. penat yg membahagiakan lah..

oh ye.. 23hb feb weni dah start keje.. dan 23hb jugak kene bw INDRA gi klinik utk injection.. weni masuk ofis tengahari la nmpknyer.. dan.. 24hb - 28hb, weni smbung cuti balik..weni n win kene abis kan cuti tahun lepas punyer sblm pnghujung bulan 4.. so.. bila difikir dan di teliti dgn begitu terperinci sekali, amek cuti pd 24hb-28hb je la.. dan cuti utk tahun ni, 14hari, akan digunakan utk balik raya.. yahooo... balik raya.. tak sabar sgt2 nak tunjukkan semenanjung kat INDRA ni..

ha.. mesti ada yg tertanya2kan pasal anak2 weni, time weni keje nnti.. sape jaga???

hhmmm.. buat masa ni, weni akan angkut anak2 weni g ofis... weni dah 2 kali bw anak2 weni gi ofis spjg weni cuti ni.. nak test diorg mcm mana kat ofis weni.. ok je.. tak mengganggu keje weni n win pun..

weni masih mencari nursery yg berdekatan dgn ofis weni.. tp tak ada.. harap2 tak de la smpi bila2.... hahaha.. actually weni nk anak2 weni sentiasa d depan mata.. dan weni yakin, semua ibu2 nak anak2 diorg sentiasa di depan mata kan.. tp kalo dah keje.. tak boleh la kan...

utk amek pembantu rumah, weni tak terfikir langsung sbb, urusan anak2 dan keje2 rumah, semua weni boleh buat.. bukan nak ckp besar.. tp setakat ni, mmg weni mampu buat.. kalo weni tak mmpu, nnti weni akan fikirkan mcm mana... nak tinggal kan anak2 dgn pembantu rumah, hhhmm.. weni tak pecaya kat pembantu rumah sbnrnya.. tp tak tahu la masa akan dtg kan..

kat bwh ni.. beberapa gmbr masa weni bw INDRA gi ofis weni hari isnin hari tu..

mcm biasa la, lepas siap semua, mesti bergambar dulu...




weni tengok kan, anak2 weni makin bulat... menjadi2 bulat diorg ni.. ni baru minum susu je.. belum lagi kalo dah stat makan...

skrg, nak naik rumah bw diorg ni, dah mengah smpi rumah.. weni biasanya akan angkat ANDRIAN.. ANDRIAN pun dah berat skrg.. lepas ni, makin berat.. naik la muscle nmpk nyer...



diorg ni kan, bila nak keluar rumah je.. mesti mengantuk.. masuk kereta, terus tido..

hihi.. ini la yg weni alami masa mengandungkan diorg.. masuk kete, tido..



pagi tu, weni peluk ANDHIKA..



dan ANDRIAN terpaksa di baringkan..


dah smpi...





baring diam2 ye sayang.. mama nak buat keje..
.




bila dah ada INDRA ni kan, byk bende yg dah tak bole weni lakukan bersama win..

contohnya.. pergi tengok wayang.. mmg dah tak boleh nak tgk wayang smpi la diorg ni dah pandai bercakap.. kalo dah pandai bercakap, mesti diorg ni dah faham apa yg diorg tgk kan... masa tu boleh labw diorg sekali tgk wayang.. dan cerita yg boleh weni n win tgk, adalah filem2 utk kanak2 la kan.. tak kan nak bw diorg gi tgk wayang filem will smith ke, tom kurus ke.. hhmm.. tak shesuai dgn usia diorg..

weni sbrnya nak tgk wayang citer upin & ipin.. tp nak buat mcm mana.. tak weni nak bergilir2 tgk wayang dgn win.. masa weni tgk wayang, win jg INDRA kat luar.. lepas tu, masa win tgk wayang, weni jg INDRA pulak.. hhhmm.. idok le mcm tu..

weni ckp kat win, kita bw je la masuk INDRA dlm panggung.. win kata, nak mampus kalo diorg menangis tiba2..

a'ah kan.. diorg ni bukan bg signal kalo nak menangis...

lagi...

perkara yg weni tak boleh buat bersama win...

pergi pasar...

skrg ni, kalo pergi pasar, weni kene tunggu dlm kereta dgn anak2.. nasib baik win ni tahu beli brg2 utk dapur... sbnrnya, weni yg tahu sgt nak bebelanja brg2 dapur.. hahaha.. nak tahu tak, masa ibu weni ada kat sini, ibu weni minta win belikan buah keras.. weni tanya win, 'abg tahu ke buah keras tu mcm mana'.. hahaha.. sbnrnya weni yg tak tahu bentuk buah keras tu mcm mana.. hahaha.. buat malu je..

lagi..

kalo nak pergi supermarket pun, weni tak boleh pergi sekali dgn win.. sbb CRV tak muat nak masuk.. kene salah sorg tunggu kat dlm kereta..

kalo pergi shoping complex, ha.. ok.. weni boleh pergi sekali dgn win... tp dh tak boleh la nak pegang2 tangan skrg ni.. hihihi.. mana tak nyer.. sorang kene tolang CRV, sorang lagi tolak trolley.. mana nyer nak pegang2 tgn ni.. hihihi...

ok la.. kita story lain kali la.. diorg dah berbunyi tu... nak menyusu la tu..
.

Friday, February 20, 2009

INDRA versi UPIN & IPIN

hahaha.. anak weni dah botak.. dah mcm kepala Upin & Ipin..

nanti la weni citer pasal Upin & Ipin.. ni nak tunjuk dulu gmbr tebaru anak2 weni..









sayang ANDHIKA & ANDRIAN
^_^


Monday, February 16, 2009

kami dapat CRV

Salam utk semua pembaca blog mama...


Nama saya INDRA ANDRIAN BIN M.S. IZWIN..


haaa.. hari tu abg ANDHIKA yg taip post utk INDRA'S STORY kan.. kali ni ANDRIAN pulak..


mama suruh gilir2.. baru adil..


yehuuuu.... CRV kami dah sampai... terima kasih pd ibu R dan abah man... buat susah2 je hantar guna pesawat MAS.. kalo ada apa2 yg boleh di hantar lepas ni, hantar la ye.. tak boleh guna kapal terbang, kapal laut pun boleh.. hihi..


mama kan.. excited sgt nak rasmi kan CRV tu.. ANDRIAN dan abg ANDHIKA relax je..


mama paksa ANDRIAN dan abg ANDHIKA ikut daddy gi ofis hari sabtu hari tu.. kami dgn rela, ikut je la..


ini gambar ANDRIAN dan abg ANDHIKA dlm CRV depan ofis mama n daddy...






seat CRV ni empuk.. ANDRIAN dan abg ANDHIKA tak boleh tahan dgn seat yg empuk2 ni.. syok tido..


gambar bawah ni, kat dalam ofis mama n daddy.. depan kaunter...



kan ANDRIAN dah kata, kami mmg tak boleh dgn seat yg empuk2 ni.. tido je keje ANDRIAN n abg ANDHIKA hari tu...





ini kami dgn mama.. daddy yg tolong amek gambar.. daddy tak nak bergambar.. daddy tak suka bergambar.. mama kata, tak pe kalo daddy tak nak bergambar.. tp mama suka.. mama kata, bab2 glemer ni mama suka.. gambar ni kat parking dekat dgn ofis mama..

CRV dpn MyVi.. haaaa.. patut la ibu R dan abah man bagi nama CRV.. sbb mama n daddy kan pakai kete MyVi.. kan lebih kurang je bunyi nyer.. tp jenama kereta kami kene up drpd kereta mama n daddy.. hahaha.. jgn marah ye mama n daddy...


lepas gi ofis mama n daddy.. daddy bawa mama, abg ANDHIKA dan ANDRIAN gi jalan2 kat one borneo..

mama kata, mama tak pernah pergi lagi kat situ...

sampai kat one borneo.. mama kata, one borneo tu mcm midvalley n klcc.. high class.. high class tu ape ek??? ANDRIAN tanya abg ANDHIKA apa tu high class.. abg ANDHIKA pun tak tahu.. mmg la tak tahu kan, sbb abg ANDHIKA pun belum sekolah lagi.. tak pe la.. nnti kalo ANDRIAN dah sekolah, ANDRIAN tanya kat cikgu..

masa kat one borneo tu, mama tak banyak amek gambar kami.. sbb mama sibuk tgk2 kedai kat dalam one borneo tu..
gambar kat bawah ni, mama amek masa mama n daddy tengah tunggu makanan smpi.. mama n daddy makan kat chicken rice shop..
.
mama kata kan.. lepas ni.. kalo nak mkn kat mana2 restoran atau kedai.. mama n daddy kene amek meja kat paling luar sbb nak parking CRV ni kat dalam tak muat.. so, terpaksa la mama n daddy parking kat luar..
.
CRV ni besar.. tak de pilihan.. mama kata kan.. ibu R cerita, susah betul ibu R n abah man nak cari CRV ni.. byk kedai dah pergi tapi tak ada.. ada satu kedai je yg ada jual CRV ni.. itu pun satu stock je yg ada..
.
hari tu.. mama n daddy singgah kat kedai 'toysRus'..
.
wah sgt syok tgk byk nyer barang mainan.. sgt byk.. geram tau ANDRIAN dan abg ANDHIKA tengok..
.
masa tengok2 tu kan.. ANDRIAN dgr mama ckp dgn daddy.. "abg, kalo anak kita dah pandai cakap, jgn dtg kedai ni ek.."
.
kenapa mama ckp mcm tu kat daddy ek... ANDRIAN tak faham la maksud mama tu apa..
.
eee.. tak sabar rasanyer ANDRIAN nak pandai bercakap.. boleh la minta mama dan daddy belikan barang mainan..
.
ok la.. sampai kat sini dulu la.. ANDRIAN dah penat la.. nak menyusu dulu..
.
lain kali kita borak2 ye.. lepas ni, abg ANDHIKA pulak taip..
.
ok.. ini gambar kami lepas balik dari jalan2.. abg ANDHIKA kepenatan...
.


ANDRIAN nangis sbb mama lambat bagi susu..



jumpa lagi....
sayang mama dan daddy
^_^


.

CRV

hari ni nak cerita pasal CRV...

dlm post "INDRA'S STORY # 1" hari tu, ANDHIKA ada ckp pasal CRV kan...

sbnrnya, 3hb feb hari tu, weni terima msg drpd abg man.. dia kata, bagitahu INDRA, insyaAllah CRV akn dpt dirasmikan pelancarannya pd tghr 110209, akan diterbangkan dgn pesawat MAS..

so.. menantila weni & INDRA, CRV yg diperkatakan tu...

110209..

win p airport MAS KK amek CRV...

weni & INDRA menanti di rumah.. tunggu win balik dr keje..

ptg tu weni dpt msg dr ibu..

"dah sampai kerumah ko kotak karupuak jangek. nan babaluik sarupo jokapalo orang eksiden"

hahahaha...

korang tak fhm.. ini bahasa org minang..

weni terima msg ni, weni gelak.. weni forward msg ni kat kakak weni.. dia pun gelak la.. weni tahu..

so..

penantian satu penyiksaan..

kul 7, win sampai rumah..

tgk gmbr kat bwh ni.. ini la CRV dalam kotak karupuak jangek..


.
.
bila smpi je kotak karupuak jangek ni kat rumah, weni gelak kuat2.. win tanya weni, karupuak jangek tu apa? weni ckp kat win, susah la nak cerita, ni cerita org2 minang kampung weni.. weni call kakak weni, nak gelak kan kotak karupuak jangek ni.. tp, dia tak angkat.. terus weni call ibu.. ibu angkat je telefon, weni terus gelak..

tak tahan la.. mmg sarupo jo karupuak jangek..

korang tak faham.. tak pe la.. kalo nak cerita, 2 hari 3 mlm tak kan abis.. korang buat2 fhm je la ye..

ini ANDHIKA bergambar dgn kotak karupuak jangek.. mana ANDRIAN?? weni tengah menyusukan ANDRIAN masa ni..

.
.
ini rupa kotak karupuak jangek bila di dirikan.. mmg buat malu kaum la kak..

.
.
tadaaaaaa...... ini la CRV yg dimaksudkan tu... hihi.. baby stroller ini diberi nama CRV INDRA...


.
.
tengok tu.. ANDHIKA menjadi model utk CRV... mana ANDRIAN??? ANDRIAN tengah tido masa tu.. kesian pulak nk angkat dia.. tp, kesian pulak dia tak jadi model utk CRV ni.. so, weni angkat jugak la..



.
.
ini dia... ANDHIKA & ANDRIAN dlm CRV INDRA...



.
.
so.. bila dh ada CRV.. weni pun tak sabar la nak rasmi kan pelancarannya.. nak test drive pun tak boleh dalam rumah weni, sbb rumah apartment besar mana je..
so.. weni ikut win g ofis hari sabtu hari tu.. lepas tu kami g one borneo.. saja jln2..
ini INDRA ready utk ikut daddy dia gi ofis...



.
.
gambar kat bawah ni, INDRA tengah tunggu win gi hantar CRV dalam kereta.. sejak ada anak ni, setiap kali nak keluar/balik rumah, win pasti kene turun naik turun naik.. mula2 tu, gi hantar brg.. lepas tu angkat ANDHIKA pulak.. biasanyer weni angkat ANDRIAN sbb lebih ringan drpd ANDHIKA..


.
.
ha.. korang tengok la gmbr kat bwh ni.. CRV dlm MyVi.. nasib baik la kereta weni kereta MyVi.. kalo weni pakai kete lebih kecik drpd MyVi.. tak tahu la nak letak kat mana.. bonet MyVi pun tak muat.. terpaksa la letak kat tgh2 seat belakang tu..


.
.
dan kesiannye tengok ANDHIKA terpaksa tido kat tgh2 tu.. mcm sempit je.. kat belakang tu


.
.
seat belakang tu mmg jd sempit tau.. mana tak nyer, dgn weni, ANDHIKA, ANDRIAN dan CRV.. mcm tin sadin je rasanyer..
.
sbnrnyer kan.. nasib baik la weni tak belikan kerusi baby utk dlm kereta.. ingat nak beli 2 la.. satu letak kat depan, dan kat belakang..
.
tp, bila CRV masuk je dlm kereta ni, mmg nasib baik la weni tak beli awal2 dulu.. sbbnyer kan... mmg dah tak buat..
.
mula2 tu, bila tgk CRV kat tgh tu, weni fikir nak beli satu je la, letak kat seat depan.. tp, bila fikir balik.. mmg tak boleh.. sbb apa tau, kalo yg kat depan tu menangis, weni nak hulur kan botol susu pun tak boleh.. sbbnyer CRV menghalang..
.
jd terpaksa la.. sorang weni baring kan dan sorang lg weni peluk..
.
pg tu, weni peluk ANDRIAN...
.
.
.
ANDHIKA terpaksa di baringkan..

.
.
kene gilir2.. bila turn ANDHIKA kat pangkuan weni, ANDRIAN pulak baring..
.
apa yg weni fikirkan skrg adalah, mcm mana weni nak bg diorg ni selesa.. mungkin buat masa ni, bole la mcm ni.. tp, bila dah pandai meniarap, dah pandai merangkak.. mcm mana?? mana diorg selesa kalo mcm ni..
.
lepas ni kan.. win akan jd driver weni n INDRA la nmpknyer.. dan weni tak tahu la bila weni akan dpt drive.. rasanyer mmg tak dapat la smpi diorg ni pandai berjalan.. selagi diorg tak pandai berjalan, weni mmg kene duduk kat belakang dgn diorg.. bukan apa, win nak duduk kat blkg pun tak muat..
.
kalo diorg dah pandai berdiri dan berjalan, diorg dah boleh la duduk berdua kat blkg.. weni boleh drive, n win duduk sebelah..
.
ok la.. itu je cerita weni.. terima kasih pd kakak ku n abg man menghadiahkan CRV pd INDRA.. all the way from jitra.. tq very much..
.
biar ANDRIAN yg cerita pasal diorg gi ofis n jalan2 kat one borneo..
.
nanti kan INDRA'S STORY # 2..
.
..